"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Saturday 3 February 2018

Apa itu RDO Protocol?

Melalui kajian-kajian perubatan terbaru, sebenarnya penyakit kronik diabetis dan obesiti serta yang berkaitan dengannya sebenarnya boleh di-reverse dgn cara intermittent fasting (IF) dan/atau ketogenic diet (KD)

Kami menggabungkan kedua-duanya (IF + KD) dgn apa yg diberi nama RDO Protocol




Matlamat utama adalah supaya tubuh kita menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama, berbanding karbohidrat, seperti sebelumnya


Base atau asas kepada RDO adalah IF, ini diikuti dengan pemakanan sihat karbohidrat rendah, juga dipanggil ketogenic diet (KD) supaya pembakaran lemak terus berlaku, walaupun selepas kita makan
.



Apa itu intermittent fasting (IF)?

IF atau puasa berkala, juga dipanggil "time restricted eating" adalah cara kita menghadkan tempoh 'window' makan ke sekitar 6-8 jam, dan berpuasa sekitar 16-18 jam






Cara yang paling mudah adalah stop makan malam selepas jam 8 mlm, kemudian keesokan paginya, kita skip breakfast dan makan tengahari sekitar jam 12. Dgn itu kita dah berpuasa sekitar 16 jam.




Apa itu ketogenic (low carb) diet?



Iaitu pemakanan rendah karbohidrat (< 50 gm sehari), protein sederhana (sekitar 50-60 gm sehari) beserta lemak2 sihat seperti mentega, avocado, minyak zaitun dan minyak kelapa dara.

Apa yg berlaku dlm tubuh kita?




Sistem tubuh akan memasuki fasa pembakaran lemak yang pesat, yg dinamakan ketosis, dimana paras gula dalam darah menurun, berat badan menurun, tekanan darah menurun, kolesterol menjadi semakin rendah dan penyakit-penyakit kronik semakin beransur hilang...

Proses ketosis yang berlaku ini sangat selamat dan baik untuk tubuh. Ini berbanding dengan keadaan yang berbahaya dalam pesakit diabetis jenis 1 yang dipanggil diabetic ketoasidosis



Jika anda mempunyai penyakit diabetis jenis 2, pastikan anda mendapat pemantauan dari doktor anda dahulu sebelum mempraktikkan RDO Protocol ini.


Matlamat utama kita adalah supaya tubuh bertukar dari menggunakan gula sebagai sumber tenaga ('default mode') kepada lemak iaitu penghasilan ketones


-Dr Hapizi


No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews